photo c258945f-03cd-4052-a8fd-ba8da1b302ae_zpse8704f24.jpg

September 11, 2012

Makna Disebalik Jampi Ahli Sihir Harry Porter

Para Harry Potter freaks pasti sudah tahu apa yang akan terjadi kalau kita mengacungkan tongkat sihir sambil berseru, “Avada Kedavra!”. Atau jampi apa yang harus diucapkan kalau kita ingin membuka pintu yang terkunci (“Alohomora!).


Tapi pernah terfikir tak, kalau J.K. Rowling, pencipta Harry Potter, ternyata tidak asal buat saja jampi-jampi harry potter? Semua jampi sihir yang digunakan di Hogwarts ternyata ada asal usulnya, yang rata-ratanya berasal dari bahasa Latin.Berikut contoh jampi-jampi sihir harry potter.


Accio’
Jampi ini digunakan untuk memanggil barang. “Accio gelas”, dan gelas pun akan terbang ke arahmu. Dan seterusnya. Kata ‘Accio’ ternyata berasal dari bahasa Latin yang artinya ‘Aku memanggil.’

‘Avada Kedavra’
Jampi paling jahat yang boleh membunuh lawan. Orang tua Harry Potter mati akibat jampi ini. Dalam bahasa Aramaic, ‘Avada Kedavra’ berarti ‘I will destroy as I speak’. Bunyinya mirip dengan

‘Abracadabra’, yang merupakan jampi kuno dari abad kedua yang sering dipakai untuk memanggil roh halus dan meminta perlindungan.

‘Crucio’
Ini juga jampi jahat yang biasa dipakai untuk menyiksa. Dalam bahasa Latin, ‘crucio’ artinya ‘saya menyiksa’.


‘Expecto Patronum’
Jampi penghasil patronus, satu-satunya makhluk yang boleh mengusir Dementor. Lagi-lagi jampi ini diambil dari bahasa Latin yaitu ‘expecto’ yang artinya ‘menunggu/berharap’, dan ‘patronus’ yang artinya ‘pelindung’. Jadi kurang lebih expecto patronum itu artinya ‘menunggu datangnya pelindung’.


‘Expelliarmus’
Ini jampi handalan Harry Potter ketika bertempur. Fungsinya adalah untuk melepaskan tongkat sihir dari tangan musuh.Diambil dari bahasa Latin ‘expellere’ yang artinya ‘mengeluarkan/melepaskan’, dan ‘arma’ yang artinya ‘senjata.’


‘Impedimenta’
‘Impedimenta’ dalam bahasa Latin artinya ‘halangan’. Jampi ini biasa dipakai untuk membuat rintangan demi memperlambat pergerakan musuh.


‘Lumos’
‘Lumos’ artinya ‘cahaya’. Jampi inilah yang dipakai kalau mahu membuat hujung tongkat sihir kita menyala layaknya lilin.


‘Rictusempra’
‘Sempra’ berasal dari kata ‘sempre’ yang artinya ‘selalu’, sedangkan ‘rictum’ artinya mulut/rahang yang terbuka. Rictusempra ini dipakai untuk membuat musuh jadi terus menerus tertawa.


‘Sectumsempra’
Ini justeru kebalikan dari rictusempra. Efeknya bukan ketawa, tapi luka-luka, karena dalam bahasa Latin, ‘sectum’ artinya ‘melukai/mencederai’.


‘Stupefy’
Ini juga salah satu jampi yang selalu digunakan ketika perang,tapi efeknya tidak melukai. Cuma buat bingung dan pening saja.Dalam bahasa Inggris, ‘stupefy’ artinya ‘pening’.


‘Wingardium Leviosa’
Ini adalah salah satu jampi yang diajarkan pada murid-murid Hogwarts di tahun pertama. Fungsinya untuk membuat sebuah benda jadi terangkat mengambang di udara. Asal katanya adalah gabungan dari bahasa Inggris dan Latin. Wingardium berasal dari kata wing (bahasa Inggris) yang artinya sayap, dan arduus (bahasa Latin) yang artinya langit. Sedangkan leviosa berasal dari bahasa Latin, levare, yang artinya mengangkat/mengambil 


sumber: salin & lekat 

April 27, 2012

Kawan Hanya Sekadar Kawan

Ada seorang lelaki dan seorang perempuan. Mereka berdua hanya berkawan. Tapi dalam diam masing-masing menyimpan perasaan antara satu sama lain. Suatu hari, si perempuan bertanya kepada si lelaki tersebut. 

"Bolehkah kawan bercinta dengan kawan?"
 
 
 
Si lelaki terdiam seribu bahasa. Dia tidak dapat menjawab apa-apa. Takut jawapan yang diberikan bercanggah dengan apa yang diinginkan oleh si perempuan. Si perempuan hanya mampu tersenyum sedangkan dalam hatinya dia sangat kecewa kerana jawapan yang dia nanti-nantikan tidak diberi.

Persahabatan mereka berterusan seperti biasa. Mereka berlagak seperti kawan biasa, sedangkan di dalam hati masing-masing menyimpan perasaan cinta yang belum dilafazkan. Hanya disebabkan oleh status 'kawan', si lelaki dan si perempuan takut untuk mengungkapkan kata-kata keramat yang bakal mengubah hidup mereka berdua.

Entah berapa lama, perasaan yang mereka simpan semakin berputik dan berkembang bak bunga yang mekar di taman. Namun mereka masih tetap menyimpan perasaan tersebut jauh di lubuk hati. Tidak lama kemudian, si perempuan akhirnya memulakan langkah pertama. Biasa la, perempuan kan matang terlebih dahulu berbanding lelaki.

Dengan perasaan yang malu-malu, si perempuan bertanya kepada si lelaki. Dikumpul segala keberaniannya untuk bertanyakan satu soalan yang paling hebat dalam hidupnya selama ini.

"Siapa saya bagi awak?"
 
 
 
Si lelaki terperanjat dengan soalan itu. Kepalanya berserabut memikirkan jawapan terbaik yang perlu diberikan. Sekiranya dia menjawab 'perempuan yang saya suka', dia takut yang itu mungkin bukan jawapan yang diinginkan oleh perempuan tersebut kerana si lelaki itu langsung tidak tau yang perempuan itu juga suka kepadanya. 

Akhirnya dia menjawab dengan berkata 'awak adalah kawan saya' demi untuk terus menjaga persahabatan yang telah lama terjalin agar tidak terputus kerana dia takut perempuan tu nanti tak anggap dia sebagai lelaki yang disukainya dan dia juga malu untuk mengakui perasaan hati sendiri. At least bila stay dalam lingkungan persahabatan, hubungan mereka tetap akan terjalin.

Tapi lain yang diharap lain pula yang menjadi. Si perempuan kecewa dengan jawapan yang diberi oleh si lelaki. Dia menganggap yang si lelaki memang langsung tak ada perasaan terhadapnya. Dia akhirnya hilang harapan terhadap lelaki yang disukainya itu. Baginya, status kawan tidak mungkin akan berubah sampai bila-bila lagi.

Hubungan mereka berdua pun menjadi semakin kurang mesra kerana si perempuan masih berkecil hati dengan si lelaki. Si lelaki pula perasan yang si perempuan semakin menjauhkan diri daripadanya. Mereka masih berkawan, tetapi hubungan persahabatan itu nampaknya semakin dingin seiring masa berjalan. Masih adakah harapan untuk mereka bersama?
 
 

brek!!perkara yang sangat menyakitkan

Assalamualaikum..hye all..dah lame x upadate blog nie...sory sejak kebelakangan nie agak busy hehehhe..urmm hari nie nak share ape ek..ok!!i got it now!!..

betol kate orang..cinta itu buta..kite buta dalam segala hal megenai si dia kan..masa bercinta segalanya indah..kita merasakan tindakan yang kita lakukan semuanya btol..hurmm tapi bile dah brek macam orang gile kan hahahha...(admin pon penah laluinye nie) kita akan rasa down sangat2 tanpa si dia disisi :(

brek merupakan perkara yang sangat dibenci oleh perempua..perempuan sangat mudah menunjukkan kasih sayangnye trhadap lelaki tapi lelaki jarang sangat2 kan..lelaki sangat2 EGO kan...

 hurmmm rasa macam malas nak sayang mana2 lelaki buat mase terdekat ni..sakit hati itu masih melekat dalam hati ni tapi bagi lelaki 1 pergi 10 yang datang..huh!!lelaki memang macam 2 kan..




February 12, 2012

PONSTAN DAN PANADOL


Ubat penahan sakit atau pain killer adalah ubat-ubat moden mampu menghilangkan sakit -sakit ringan atau sakit sedikit  teruk yang tertentu disahkan oleh doktor. 
Mengandungi bahan kimia yang telah ditetapkan mengikut piawaian tertentu.
Antara yang sy kenali secara ringkas adalah seperti dalam gambar 
1.Nama Generik:Kapsul Mefenamic Acid 250mg/kapsul halal
   Nama Brand: Ponstan 250mg.Gambar,,

Popular di klinik-klinik kerajaan Malaysia .
Kegunaan:
Sebagai ubat penahan sakit untuk keadaan seperti sakit kepala,sakit gigi, sakit badan,sakit tulang 
dibelakang,di kaki,di tangan  diseluruh badan .
Sakit perut senggugut bagi perempuan yang datang haid termasuk semasa pendarahan haid  berlebihan diambil bersama Tranexamic Acid 250mg bagi mengurang atau menghentikan pendarahan berlebihan yang tidak diingini dengan terapi dari doktor .
Frank Shann Drug doses:
 10mg/kg/dos
  Dewasa 500mg jarak 8 jam tiga kali sehari secara oral.
  Ambil selepas makan bila perlu mengikut preskripsi doktor.
Kesan sampingan;Gastrik kalau diambil semasa perut kosong,sedikit mual ,loya atau muntah
                            bergantung kepada individu.
                            
2.Nama Generik:Tablet Paracetamol 500mg.
   Nama Brand:Panadol 500mg
Lihat gambar,,sangat popular dimana jua didunia ini,,,
Kegunaan:
Sebagai ubat penahan sakit untuk keadaan sakit-sakit ringan  seperti demam,sakit kepala,sakit gigi ,sakit badan,sakit tulang dibelakang,di kaki,di tangan  diseluruh badan .
Sakit perut senggugut yang tidak berapa  kuat  bagi perempuan yang datang haid dengan terapi dari doktor .
Frank Shann Drug doses:
Oral ;dewasa maksimum 4gm/sehari.
Ambil selepas makan atau bersama sedikit makanan ,
maksimum 2 biji sekali makan selang 6 jam  4 kali dalam sehari bila perlu mengikut preskripsi doktor.
Kesan sampingan :
paling kurang kesan sampingan berbanding penahan sakit lain.
biasa mual,loya muntah,,, 
selamat untuk warga emas , pregnancy mother termasuk semua orang ,cuma kurang power...bergantung kepada individu ,,boleh cuba ,,,kalau sakit.
Awas kalau berlaku kes over doses atau keracunan  panadol temui doktor untuk dapatkan rawatan antidote dengan Acetylcysteine.

KETOPROFEN GEL


Gambar ,
Lebih popular dengan panggilan Fastum Gel

Nama Generik:Ketoprofen 2.5gm (2.5%) (100gm/tiub)
Nama Dagangan:Fastum Gel
Kandungan aktif;
Carbomer 940,
ethyl alcohol,
neroli oil,
lavender oil,
triethanolamine, purified water


Lagi ubat penahan sakit yang sy kenali tanpa dengki nak cerita sedikit.
Ubat-ubat moden mampu menghilangkan sakit -sakit ringan atau sakit sedikit teruk yang tertentu disahkan oleh doktor.
Mengandungi bahan kimia yang telah ditetapkan mengikut piawaian tertentu.
Antara yang sy kenali untuk dikongsi secara ringkas adalah seperti dalam gambar


Kegunaan:
Sebagai ubat penahan sakit untuk keadaan sakit ringan , , sakit badan, sakit urat,,sakit tulang dibelakang,di kaki,di tangan diseluruh badan dan senggugut, dengan terapi dari doktor .
Tidak sesuai untuk demam dan sakit kepala .
Penggunaan yang popular  dalam  kategori ubat pakar list A ,
Popular di hospital mungkin sebab ada power agak mahal dalam kategori ubat penahan sakit untuk kegunaan di luar.
Namun keberkesanannya tetap bergantung kepada individu juga.


Drug doses:
Untuk Kegunaan di luar sahaja : sapu 3-5cm atau lebih dan urut perlahan-lahan selang 12 hingga 24 jam sekali untuk sakit ringan atau
1 hingga 2 kali sehari bila perlu
Ambil bila perlu dan sapu serta urut perlahan-lahan ditempat sakit yang tidak ada luka terbuka mengikut preskripsi doktor.
Elak terkena mata,membrane mukosa
Tidak digalakkan untuk ibu mengandung atau menyusu.


Kesan sampingan: 
paling kurang kesan sampingan . 
biasa ruam ,sedikit kegatalan dan kemerahan pada kulit. 
Selamat untuk warga emas , termasuk semua orang dewasa   ,
cuma kurang power berbanding ubat oral atau yang dimakan bergantung kepada individu . ,Boleh cuba,,
Jauhi dari kanak-kanak.

Kalau tidak berkesan atau ada alahan hentikan penggunaan,
cuba penahan sakit yang lain.
Jumpa semula doktor anda.

DICLOFENAC SODIUM 50MG.


Gambar 1
 


Nama Generik: Diclofenac Sodium 50mg/tablet
Nama Dagangan:Voltaran atau Dicloran /tablet






Lagi ubat penahan sakit yang sy kenali tanpa dengki nak cerita sedikit.

Ubat-ubat moden mampu menghilangkan sakit -sakit ringan
atau sakit sedikit  teruk yang tertentu disahkan oleh doktor. 

Mengandungi bahan kimia yang telah ditetapkan mengikut piawaian tertentu.




 Gambar 2.





Antara yang sy kenali untuk dikongsi secara ringkas adalah seperti dalam gambar 2,


Kegunaan:
Sebagai ubat penahan sakit untuk keadaan sakit ringan,
sakit sedikit kuat dan sakit  kuat ,,
sakit badan,sakit tulang dibelakang,di kaki,di tangan,
diseluruh badan   dengan terapi dari doktor .
Sesuai  untuk  senggugut 
dan tidak popular untuk sakit kepala dan sakit gigi.
Namun keberkesanannya  tetap bergantung kepada individu juga

Penggunaan yang amat  popular mungkin sebab ada power dalam kategori ubat penahan sakit
Harga lebih murah berbanding harga celebrex 200mg.
Drug doses:
                :1mg/kg
                :secara oral dewasa 75mg-150mg selang 8jam atau  12 jam
                 dalam tempoh 24 jam.
                 :atau bila perlu 2  kali sehari selang 12 jam sekali 
                  dalam tempoh 24jam
                  atau 3 kali sehari selang 8 jam sekali dalam tempoh 24jam
                  mengikut preskripsi doktor.
               

Kesan sampingan:
Ada rasa kembung perut,sakit perut,ulser ,
loya,mual dan muntah,
ruam,hepatitis,kegagalan buah pinggang,
halucinasi,kebingungan,telinga berdesing,
anaemia,keletihan.

Tidak sesuai dan tidak digalakkan untuk ibu mengandung
atau menyusu.
Sesuai untuk semua orang dewasa sahaja.
Boleh cuba, kalau tidak sesuai atau ada alahan 
jumpa semula doktor.
Manusia merancang Allah menentukan.
Sekian,,,Terimakasih.

SUPPOSITORY DICLOFENAC SODIUM 12.5MG,25MG,50MG











Gambar,

Nama Generik:Suppository  DICLOFENAC SODIUM 12.5MG, 25MG , 50MG.
Nama Dagangan: Suppository VOREN

Lagi ubat penahan sakit yang sy kenali tanpa dengki nak cerita sedikit.
Ubat-ubat moden mampu menghilangkan sakit -sakit ringan
atau sakit sedikit  teruk yang tertentu disahkan oleh doktor. 

Mengandungi bahan kimia yang telah ditetapkan mengikut piawaian tertentu.

Kegunaan:
Sebagai ubat penahan sakit untuk keadaan sakit ringan,
sakit sedikit kuat dan sakit  kuat ,,
sakit badan,sakit tulang dibelakang,di kaki,di tangan,
diseluruh badan   dengan rawatan  dari doktor .
Sesuai  tetapi kurang  popular untuk senggugut  sakit kepala dan sakit gigi.
Namun keberkesanannya  tetap bergantung kepada individu juga

Penggunaan yang kurang   popular
dalam kategori ubat penahan sakit
untuk kegunaan luar.
Lebih power ubat yang di ambil secara oral atau di makan.

Harga kurang  mahal ,ikut persekitaran pasaran.

Drug doses:
Dewasa:100mg-150mg sehari,biasa di masukkan dalam rectum malam.
Kanak-kanak: 0.5mg-2mg/kg sehari  ikut berat badan  2hingga 3 kali sehari
                     Selang masa 8 hingga 12 jam sehari.
                     Di masukkan dalam rectum bila perlu.


Ada kontraindikasi :
Tidak di galakkan untuk anak kecil atau neonate bawah umur 12 bulan.
Tidak di galakkan untuk pesakit yang sensitive dengan diclofenac sodium.
Tidak di galakkan untuk pesakit asthma
, rhinitis,ulser ,pendarahan pada usus perut.
Tidak di galakkan untuk pesakit yang mengalami pendarahan pada rectum.

Kesan Sampingan:
Iritasi  dan kegatalan pada kulit
Sukar tidur,sakit kepala
Anemia,jaundis, hepatitis,
Kabur pandangan

Selamat untuk warga emas , pregnancy mother
dan orang dewasa .
.
,,boleh cuba ,,,kalau sakit.
Kalau tidak sesuai atau ada alahan jumpa semula doktor anda.
Hentikan pengambilan.

Manusia merancang Allah menentukan

TABLET PIRITON 4MG



Gambar,
Nama Generik:Tablet Chlorpheniramine 4mg.
Nama Dagangan: Tablet Piriton 4mg.









Gambar syrup atau ubat air.
untuk kanak-kanak.

Nama Generik:syrup chlorpheniramine 2mg/5ml.
Nama Dagangan;syrup piriton atau, Alleryl 2mg/5ml.
 



Antara ubat antihistamine yang popular
dan ada power mahu cerita secara ringkas di sini.
Keberkesanan  tetap bergantung kepada individu.
Terdapat banyak brand di pasaran dengan harga
ikut  persekitaran pasaran.
 

Kegunaan:
antihistamine ,
selsema,gatal ,alergik,sukar tidur malam,

Dos ubat;
Fran Shann; oral kanak-kanak=0.1mg/kg
               ;dewasa 4mg selang masa setiap 6jam  hingga 8 jam
                sekali  dalam sehari
                atau 1 biji sekali makan 3 atau 4 kali dalam sehari bila perlu.

Kesan Sampingan:
mual,loya ,muntah,  cirit atau sembelit,
mengantuk,letih,bingung,,
kabur penglihatan,
sensitif pada cahaya,
kering bibir,kering hidung ,kering tekak,
hilang selera makan,
palpitasi atau hipotensi.

Amaran:
Awas kalau ada kesan mengantuk jangan memandu kenderaan
atau mengendalikan mesin.
Jangan ambil bersama alkohol,elak kesan mengantuk yang lebih  teruk.
Kalau ada alahan atau tidak sesuai hentikan pengambilan,
jumpa semula doktor anda.
Kalau terlupa makan  jangan gandakan dos anda,
ambil ikut arahan doktor  bila perlu sahaja.
Tidak digalakkan bagi kanak-kanak umur bawah 2 tahun.
Sekian,,bye,,,bye,,

Syrup Lactulose

assalamualaikum...
Syrup Lactulose antara ubat atasi sembelit yang popular.
Gambar,Sebotol 100ml.

Nama Generik: Syrup Lactulose  670mg/ml
Nama Dagangan: Syrup Lactul atau Lactul Solution .

Terdapat banyak brand di pasaran.
Harga tidak mahal, ikut brand dan persekitaran pasaran.
Beli sebotol agak murah kalau beli banyak botol
sudah jadi agak mahal.
Terserah,,, 
Dapatkan rawatan doktor sebelum cuba minum  ini.
Keberkesanan tetap bergantung pada  keupayaan dan
daya tahan badan masing-masing.
Kegunaan: 
Atasi masalah sembelit atau susah berak atau susah buang air besar.

Dos yang biasa : 
oral dewasa:15ml -30ml sebagai dos tunggal permulaan
                            atau dalam pembahagian 2 dos  waktu berasingan
                             selang 12 jam dan di kurangkan secara beransur-ansur
                            mengikut keadaan sembelit kalian.
oral dewasa dos pengekalan: 10ml-15ml dalam sehari 
                                                2-3 kali sehari bila perlu.
Kanak-kanak: 6-12 tahun: 10ml  minum selang masa 12jam 2 x sehari.
                                         : atau 20ml dalam sehari 24 jam 
                       1-5 tahun:  5ml minum selang masa 12 jam 2 x sehari.
                                        :atau 10ml sekali  dalam sehari malam.
                       bawah 1 tahun: sehingga 5 ml dalam sehari.
atau ,,,
Sumber FrankShan Drug dose; 
Untuk di minum  bagi keadaan sembelit :3.3gm/5ml
                                                            :0.5ml/kg 12jam -24 jam .

Kesan Sampingan: 
Ada ini mual,loya muntah ,
sedikit sakit perut,
Cirit-birit.
Lebih dose akan kehilangan bahan mineral
atau elektrolit dalam badan
badan jadi agak letih.


Ok, boleh cuba atas nasihat doktor.
kalau tidak ada power jumpa doktor semul
dapatkan rawatan lanjutan dari Pakar.
Jangan umpat saya atau doktor atau ubat ini.
Elak dosa umpat itu,,
Sekian dahulu,,,untuk kali ini.
Terimakasih atas kunjungan tanpa dengki kalian di sini ubat.,

February 11, 2012

Anda Sesuai Dengan Si Dia?





Untuk seseorang wanita memilih lelaki yang bersesuaian dengan mereka adalah merupakan satu proses yang sukar. Faktor ini lebih merumitkan jika ianya melibatkan mengenai soal pemilihan pasangan hidup. Jadi, apakah tanda anda sebagai wanita sudah berjumpa dengan lelaki yang sesuai untuk dijadikan pasangan hidup? 


1) Adakah anda berdua berkongsi kepercayaan yang sama?

Nilai sesuatu hubungan adalah mengenai bagaimana anda berkongsi saat masa bersama. Walaupun anda mungkin tidak bersetuju dengan semua perkara, apa yang lebih penting adalah mengenai teras kepercayaan anda dalam hubungan.
 

2) Bagaimana mereka mengawal pergaduhan?

Adalah mustahil sekiranya anda menyatakan bahawa tidak pernah berselisih faham bersama pasangan lelaki. Soal pergaduhan bukanlah masalah utama, apa yang lebih penting adalah tentang bagaimana lelaki tersebut mengawal pergaduhan. Adakah anda berpuas hati?
 

3) Bagaimana mereka melayan orang lain?

Manusia tidak hidup dalam keadaan sendirian, masing-masing ada komuniti yang tersendiri. Begitu juga anda, selain pasangan, pasti ada orang lain yang lebih penting. Adakah anda menggemari cara pasangan anda melayan orang yang turut penting dalam kehidupan anda?
 

4) Bagaiman mereka melayan anda dihadapan orang lain?

Sekiranya anda dapat merasakan suatu keistimewaan walaupun dalam masa yang sama mereka perlu turut melayan orang lain, ia menunjukkan bahawa anda adalah orang penting dalam kehidupan mereka.
 

5) Adakah mereka memahami anda?

Bagaimana mereka mendengar pendapat atau luahan isi hati anda walaupun mereka sendiri tidak menyetujui dengan apa yang anda luahkan?
 

6) Adakah mereka seorang yang bertanggungjawab?

Sekiranya mereka hanya memberikan beban kepada anda, ia bermakna mereka bukanlah lelaki yang sesuai untuk dijadikan pasangan hidup.