Ada
seorang lelaki dan seorang perempuan. Mereka berdua hanya berkawan.
Tapi dalam diam masing-masing menyimpan perasaan antara satu sama lain. Suatu hari, si perempuan bertanya kepada si lelaki tersebut.
"Bolehkah kawan bercinta dengan kawan?"
Si
lelaki terdiam seribu bahasa. Dia tidak dapat menjawab apa-apa. Takut
jawapan yang diberikan bercanggah dengan apa yang diinginkan oleh si
perempuan. Si perempuan hanya mampu tersenyum sedangkan dalam hatinya
dia sangat kecewa kerana jawapan yang dia nanti-nantikan tidak diberi.
Persahabatan
mereka berterusan seperti biasa. Mereka berlagak seperti kawan biasa,
sedangkan di dalam hati masing-masing menyimpan perasaan cinta yang
belum dilafazkan. Hanya disebabkan oleh status 'kawan', si lelaki dan si
perempuan takut untuk mengungkapkan kata-kata keramat yang bakal
mengubah hidup mereka berdua.
Entah
berapa lama, perasaan yang mereka simpan semakin berputik dan
berkembang bak bunga yang mekar di taman. Namun mereka masih tetap
menyimpan perasaan tersebut jauh di lubuk hati. Tidak lama kemudian, si
perempuan akhirnya memulakan langkah pertama. Biasa la, perempuan kan
matang terlebih dahulu berbanding lelaki.
Dengan
perasaan yang malu-malu, si perempuan bertanya kepada si lelaki.
Dikumpul segala keberaniannya untuk bertanyakan satu soalan yang paling
hebat dalam hidupnya selama ini.
"Siapa saya bagi awak?"
Si
lelaki terperanjat dengan soalan itu. Kepalanya berserabut memikirkan
jawapan terbaik yang perlu diberikan. Sekiranya dia menjawab 'perempuan
yang saya suka', dia takut yang itu mungkin bukan jawapan yang
diinginkan oleh perempuan tersebut kerana si lelaki itu langsung tidak
tau yang perempuan itu juga suka kepadanya.
Akhirnya
dia menjawab dengan berkata 'awak adalah kawan saya' demi untuk terus
menjaga persahabatan yang telah lama terjalin agar tidak terputus kerana
dia takut perempuan tu nanti tak anggap dia sebagai lelaki yang
disukainya dan dia juga malu untuk mengakui perasaan hati sendiri. At
least bila stay dalam lingkungan persahabatan, hubungan mereka tetap
akan terjalin.
Tapi
lain yang diharap lain pula yang menjadi. Si perempuan kecewa dengan
jawapan yang diberi oleh si lelaki. Dia menganggap yang si lelaki memang
langsung tak ada perasaan terhadapnya. Dia akhirnya hilang harapan
terhadap lelaki yang disukainya itu. Baginya, status kawan tidak mungkin
akan berubah sampai bila-bila lagi.
Hubungan
mereka berdua pun menjadi semakin kurang mesra kerana si perempuan
masih berkecil hati dengan si lelaki. Si lelaki pula perasan yang si
perempuan semakin menjauhkan diri daripadanya. Mereka masih berkawan,
tetapi hubungan persahabatan itu nampaknya semakin dingin seiring masa
berjalan. Masih adakah harapan untuk mereka bersama?
No comments:
Post a Comment