photo c258945f-03cd-4052-a8fd-ba8da1b302ae_zpse8704f24.jpg

April 27, 2012

Kawan Hanya Sekadar Kawan

Ada seorang lelaki dan seorang perempuan. Mereka berdua hanya berkawan. Tapi dalam diam masing-masing menyimpan perasaan antara satu sama lain. Suatu hari, si perempuan bertanya kepada si lelaki tersebut. 

"Bolehkah kawan bercinta dengan kawan?"
 
 
 
Si lelaki terdiam seribu bahasa. Dia tidak dapat menjawab apa-apa. Takut jawapan yang diberikan bercanggah dengan apa yang diinginkan oleh si perempuan. Si perempuan hanya mampu tersenyum sedangkan dalam hatinya dia sangat kecewa kerana jawapan yang dia nanti-nantikan tidak diberi.

Persahabatan mereka berterusan seperti biasa. Mereka berlagak seperti kawan biasa, sedangkan di dalam hati masing-masing menyimpan perasaan cinta yang belum dilafazkan. Hanya disebabkan oleh status 'kawan', si lelaki dan si perempuan takut untuk mengungkapkan kata-kata keramat yang bakal mengubah hidup mereka berdua.

Entah berapa lama, perasaan yang mereka simpan semakin berputik dan berkembang bak bunga yang mekar di taman. Namun mereka masih tetap menyimpan perasaan tersebut jauh di lubuk hati. Tidak lama kemudian, si perempuan akhirnya memulakan langkah pertama. Biasa la, perempuan kan matang terlebih dahulu berbanding lelaki.

Dengan perasaan yang malu-malu, si perempuan bertanya kepada si lelaki. Dikumpul segala keberaniannya untuk bertanyakan satu soalan yang paling hebat dalam hidupnya selama ini.

"Siapa saya bagi awak?"
 
 
 
Si lelaki terperanjat dengan soalan itu. Kepalanya berserabut memikirkan jawapan terbaik yang perlu diberikan. Sekiranya dia menjawab 'perempuan yang saya suka', dia takut yang itu mungkin bukan jawapan yang diinginkan oleh perempuan tersebut kerana si lelaki itu langsung tidak tau yang perempuan itu juga suka kepadanya. 

Akhirnya dia menjawab dengan berkata 'awak adalah kawan saya' demi untuk terus menjaga persahabatan yang telah lama terjalin agar tidak terputus kerana dia takut perempuan tu nanti tak anggap dia sebagai lelaki yang disukainya dan dia juga malu untuk mengakui perasaan hati sendiri. At least bila stay dalam lingkungan persahabatan, hubungan mereka tetap akan terjalin.

Tapi lain yang diharap lain pula yang menjadi. Si perempuan kecewa dengan jawapan yang diberi oleh si lelaki. Dia menganggap yang si lelaki memang langsung tak ada perasaan terhadapnya. Dia akhirnya hilang harapan terhadap lelaki yang disukainya itu. Baginya, status kawan tidak mungkin akan berubah sampai bila-bila lagi.

Hubungan mereka berdua pun menjadi semakin kurang mesra kerana si perempuan masih berkecil hati dengan si lelaki. Si lelaki pula perasan yang si perempuan semakin menjauhkan diri daripadanya. Mereka masih berkawan, tetapi hubungan persahabatan itu nampaknya semakin dingin seiring masa berjalan. Masih adakah harapan untuk mereka bersama?
 
 

brek!!perkara yang sangat menyakitkan

Assalamualaikum..hye all..dah lame x upadate blog nie...sory sejak kebelakangan nie agak busy hehehhe..urmm hari nie nak share ape ek..ok!!i got it now!!..

betol kate orang..cinta itu buta..kite buta dalam segala hal megenai si dia kan..masa bercinta segalanya indah..kita merasakan tindakan yang kita lakukan semuanya btol..hurmm tapi bile dah brek macam orang gile kan hahahha...(admin pon penah laluinye nie) kita akan rasa down sangat2 tanpa si dia disisi :(

brek merupakan perkara yang sangat dibenci oleh perempua..perempuan sangat mudah menunjukkan kasih sayangnye trhadap lelaki tapi lelaki jarang sangat2 kan..lelaki sangat2 EGO kan...

 hurmmm rasa macam malas nak sayang mana2 lelaki buat mase terdekat ni..sakit hati itu masih melekat dalam hati ni tapi bagi lelaki 1 pergi 10 yang datang..huh!!lelaki memang macam 2 kan..