Seringkali kita mendengar kalimah pujangga “patah tumbuh hilang berganti”.Melafazkannya melalui intonasi kata-kata memang mudah,tetapi kita juga sedar bahawa hati ini tidak dapat menerima hakikat tersebut.
Sebenarnya gua benci cinta pandang pertama,sungguh menyeksakan untuk melupakan dirinya,walaupun se’rock dan se’ganas manapun diri kita,pastinya tewas dengan perasaan rindu yang mendalam terhadap dirinya.
Realitinya kenapa perlu melupakan cinta pandang pertama kita?seperti yang di’ajar dan di’syorkan oleh orang lain.Mengapakan kita tidak menyimpannya secara rahsia sebagai kenangan yang terindah di hati kita walaupun kita sudah memiliki cinta baharu?