photo c258945f-03cd-4052-a8fd-ba8da1b302ae_zpse8704f24.jpg

February 11, 2012

Faktor Lelaki Boleh Dipercayai


1) Konsisten

Anda mempercayai apa yang dilihat dan didengar tanpa syak wasangka. Bagi anda, apa yang dibicarakan tidak perlu disangsikan kerana ia ada kebenaran serta boleh mendatangkan kebaikan dalam perhubungan anda. Tapi berhati-hatilah kerana mungkin dengan cara ini si dia boleh 'menjerat' anda. Siapa tahukan!


2) Boleh Dikawal 
 
Perkara-perkara yang bagi anda adalah konsisten membuatkan anda boleh menganggap adakah si dia boleh dikawal ataupun tidak. Contohnya, si dia akan datang tepat pada waktu yang dijanjikan dan boleh menerima pendapat anda. Maknanya anda boleh ‘mengawal’ dirinya daripada melakukan perkara yang tidak kamu sukai. Bukanlah bermakna kamu boleh mengongkongnya tetapi jika si dia menuruti kehendak kamu ini bermakna si dia mempercayai kamu dan tidak ragu-ragu dengan cara anda.



3) Komitmen

Bukanlah sekadar hanya menepati janji, tapi juga menghargai perjanjian yang telah dipersetujui bersama. Jika kamu ataupun si dia berani memberikan komitmen dan bersungguh-sungguh dalam perhubungan, tentu saja perhubungan kamu ceria dan aman. Sikap saling mempercayai yang wujud dalam diri masing-masing akan mewarnai lagi perhubungan kamu itu. Malah ia akan membuatkan si dia lebih yakin dengan kejujuran kamu terhadapnya. Jadi tiada alasan untuk si dia berlaku curang terhadap kamu.


4) Kejujuran


Kejujuran pasti perlu untuk menjamin sebuah perhubungan yang bahagia. Kamu juga tidak patut menyembunyikan perkara-perkara yang sepatutnya diketahuinya. Jika kamu dan si dia jujur , ini membolehkan kamu berdua tidak takut untuk berbahas kerana berpendapat ia juga untuk kebaikan bersama. Walaupun ada kalanya tercetus pertengkaran kecil kerana masing-masing ingin mengutarakan pendapat sendiri, tetapi akhirnya mengambil keputusan untuk memilih pendapat yang terbaik demi menjamin perhubungan yang stabil.




Sumber : Perpustakaan Negara

No comments:

Post a Comment