photo c258945f-03cd-4052-a8fd-ba8da1b302ae_zpse8704f24.jpg

February 11, 2012

Hati Seorang Lelaki






Kadangkala kita tidak tahu sejauh mana seseorang lelaki benar-benar menyayangi kita atau tidak. Memang mudah melafazkan cinta, tetapi untuk membuktikannya tidak semua lelaki berani tampil ke depan! Kalau nak tahu orang lelaki yang benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikapnya amat mengejutkan. Hati lelaki yang selama ini dianggap keras tiba-tiba secara semulajadi menjadi lembut bak kapas apabila sudah jatuh cinta dengan relanya.

Bahkan lelaki yang ‘mabuk asmara’ sanggup berkorban darn berbuat apa saja untuk kekasihnya. Walau sekeras manapun lelaki dia akan tetap mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan. Bertuahnya kamu... Jom kita lihat lelaki yang mana benar-benar mencintai kamu dengan sepenuh hati dan sanggup sehidup semati denganmu !!!



  • Dia akan memuji kekasihnya di hadapan orang lain 
  • Kalau dia ditinggalkan oleh kekasihnya,dia akan berasa serik dan tidak percaya dendan cinta perempuan lain.Namun dia sentiasa mengharapkan kekasihnya itu kembali padanya
  • Apabila timbul orang kedua,dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya. 
  • Dia akan cuba meluangkan lebih masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dengan sabar 
  • Dia tidak akan berlaku curang pada kekasihnya,namun jika dia berbuat demikian itu bereti hatinya belum 100% mencintai kekasihnya
  • Dia akan kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia berasa kasihnya lebih kuat dari kekasihnya
  • Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya
  • Dia akan mengelabah apabila kekasihnya itu berjauhan darinya
  • Dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela bukan terpaksa
  • Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia sayangkan kekasihnya
  • Dia akan berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburu yang meluap-luap
  • Dia tidak suka lelaki lain rapat dengan kekasihnya
  • Dia akan mudah rasa cemburu dan sensitive apabila kekasihnya tidak menumpukan seprnuh perhatian padanya
  • Dia sentiasa memastikan keselamatan kekasihnya
  • Dia pandai mrajuk hati kerana ingin dipujuk 
  • Dia sentiasa ingin menghiburkan hati kekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap
  • Dia menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayai dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawa sendiri
Bertuahnya kamu mempunyai ciri-ciri kekasih seperti di atas. Pasti kamu tersenyum sendiri...

No comments:

Post a Comment