photo c258945f-03cd-4052-a8fd-ba8da1b302ae_zpse8704f24.jpg

February 11, 2012

Hati Seorang Wanita




1) SENSITIF

Bukan bermaksud suka merajuk , tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian .


2) CEREWET

Bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala, kadang ingin LELAKI mengikut kata-katanya sekali sekala.


3) HALUS 

Ibarat sehalai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab kesalahan, biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM. 


4) IKHLAS 

Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui. 

5) KORBAN 

WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi  termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami. WANITA amat tabah .

 
6) PRIHATIN

Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam.

 
7) MANJA

Walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari naluri seorang WANITA masih lagi tetap seorang WANITA. Suka bermanja hanya kepada insan yang bernama LELAKI, namun juga sesama wanita.

 
8) EGO

 WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi EGOnya apabila bersemuka dengan orang yang dicintai.

 
9) CINTA 

CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus.

 
10) SEKS

Seks bukanlah segala-galanya buat WANITA kerana WANITA diciptakan dengan 9 nafsu dan 1 akal. NAFSU yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja. LELAKI pula dijadikan dengan 9 akal dan 1 nafsu. Fungsi lelaki adalah membimbing WANITA dan bukan menghanyutkan.

No comments:

Post a Comment