January 29, 2012
Cinta Adalah Warna-Warni
Cinta seperti matahari, ia tetap bercahaya. Walau malam menjelma, cahayanya pada bulan tetap menerangi kekadang ia juga gerhana tetapi akan kembali jua kecerahannya.
Cinta adalah santapan jiwa. Jiwa tanpa cinta bagai rumah yang kosong. Cinta tanpa menjiwai bagai layang-layang putus tali.
Cintu adalah buta¦cinta tidak mengenal usia, paras rupa, mahupun kekayaan dan harta karun, tetapi dari keikhlasan dari hati setiap insan antara satu sama lain.
Tidak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadang kala dibalas dengan sikap tidak sopan. Jika cinta suci tidak datang daripada tabiatnya, maka tidak ada gunanya cinta yang dibuat-buat.
Sayang tidak bermaksud cinta. Suka tidak serasi dengan cinta. Kagum tidak bererti cinta. Bangga tidak semestinya cinta.Cinta adalah CINTA .
Cinta itu seperti sinar matahari, memberi TANPA mengharap kembali. Cinta itu seperti sinar matahari, TIDAK MEMILIH siapa yang ia sinari. Cinta itu seperti sinar matahari yang MEMBERI KEHANGATAN DI HATI.. Cinta umpama harta karun. Cita cita dan tujuan kita satu untuk menuju ke penamat yang paling mengembirakan. Namun di dalam perjalanan kita akan menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran.
Andainya tidak mampu meneruskan, kita akan tersungkur dan hadiah utamanya akan di kebas oang lain. Tetapi tak usahlah kecewa. Walaupun hadiahnya tidak kita perolehi, tetapi keseronokannya kita sudah rasa. Jadi bercintalah sepenuh hati. Namun jangan letakkan harapan terlalu tinggi.
Kekecewaan terlalu pahit untuk ditelan, terlalu payah untuk dilupakan namun dalam cinta pasti akan merasai kecewa dan dikecewakan walau bukan itu matlamat dalam setiap percintaan.
Kadangkala orang yang paling mencintaimu adalah orang yang tak pernah menyatakan cintanya padamu kerana orang itu takut kau berpaling dan menjauhinya. Dan bila dia suatu masa hilang dari pandanganmu¦.kau akan menyedari dia adalah cinta yang tidak pernah kau sedari¦.
Cinta suatu yang indah, cinta boleh buat kita gundah, cinta buat hati berdarah dan cinta jua boleh membawa kesalan yang tak sudah…
Berikanlah CINTA Tanpa Mengharapkan Balasan
Kita dilahirkan dengan dua mata di depan, kerana seharusnya kita melihat yang ada di depan dan bukan yang sudah berlalu.
Kita lahir dengan dua telinga, satu kiri dan satu di kanan sehingga kita dapat mendengar dari dua sisi dan dua arah. Menangkap pujian mahupun kritikan, dan mendengar mana yang salah dan mana yang benar.
Kita dilahirkan dengan otak tersembunyi didalam kepala, sehingga walaubagaimanapun miskinnya kita, kita tetap juga kaya. Kerana tak seorang pun dapat mencuri isi otak kita. Yang lebih berharga dari segala permata yang ada.
Kita dilahirkan dengan dua mata, dua telinga, namun cukup dengan satu mulut. Kerana mulut tadi adalah senjata yang tajam, yang dapat melukai, menfitnah, bahkan membunuh. Lebih baik sedikit bicara, tetapi banyak mendengar dan melihat.
Kita dilahirkan dengan satu hati, yang mengingatkan kita. Untuk menghargai dan memberikan cinta kasih dari dalam lubuk hati. Belajar untuk mencintai dan menikmati untuk dicintai, tetapi jangan pernah mengharapkan orang lain mencintai kamu dengan cara dan sebanyak yang sudah kamu berikan
" Berikanlah CINTA tanpa mengharapkan balasan, maka kamu akan tahu bahawa hidup ini terasa menjadi lebih indah. "
Jangan Pernah Berhenti Berharap!!
Jangan pernah berhenti berharap pada pertolongan Illahi… :)
Jangan hanya sujud ke “Sejadah” saat susah.
Jangan hanya mengenal “Telekung” & “Kopiah” saat sesak.
Jangan hanya memandang “Kiblat” saat payah.
Jangan hanya teringat “Wudhu” saat lemas.
Jangan hanya mengenal “Tasbih” saat hanyut.
Jangan hanya memandang “Alam” saat alpa.
Sayang yang tak kelihatan ada pada Hati, letaknya Iman.
Carilah sayang yang Agung itu. Agar sayang tak lagi palsu. :)
January 25, 2012
rindu!!!!!!!!!!
Kadang
sesuatu yang dinamakan rindu itu memang sebuah misteri yang mungkin
hanya Tuhan yang tahu. Untuk seorang manusia seperti saya dan kebanyakan
manusia lain, mendefinisikan arti dari sebuah rasa rindu terkadang
lebih susah daripada menikmati perasaan itu sendiri. Merasakan suatu
sensasi yang belum atau pernah sesekali dirasakan sebelumnya. Suatu
sensasi yang sempat terentang waktu dan mungkin tempat hingga perasaan
itu muncul mencoba memaksa untuk dirasakan kembali meski hanya sesaat.
Rasa yang muncul meski sesaat itu lebih merintih dan mengais-kais logika
manusia masing-masing orang yang merasakan. Sekilas saja mendadak rasa
itu muncul dengan tanpa permisi, celakanya sering memaksa kita untuk
memuaskannya.
Meski tidak semua individu manusia itu mampu mengurai serpihan rindu itu menjadi hal-hal yang positif. Dan jika itu terjadi maka rindu yang seharusnya menjadi sebuah sensasi manis justru akan berbalik menjadi sebuah siksaan batin. Maka mendefinisikan rasa rindu itu sudah seharusnya dilakukan manusia-manusia yang merasakannya. Mendefinisikannya kemudian menguntainya menjadi sensasi manis yang membentuk kesabaran serta mental dan otak. Agar kita tentu saja tetap berpegang pada logika. Kemudian menjadikannya pelajaran yang berharga, membuatnya menjadi lebih kuat dari waktu ke waktu, menjadikannya pribadi yang terasah dan handal untuk menghadapi ketidakpastian hidup diantara ketidakpastian-ketidakpastian itu sendiri.
Rindu hanyalah suatu kesementaraan saja ketika kita berada dalam bilik ruang itu kemudian kita takjub dan merasa seakan tak mampu untuk keluar karena merasakan keajaiban dari rindu itu sendiri. Bahwa pernah ada sebuah sensasi yang pernah hadir dalam satu masa kehidupan kita dahulu kemudian sempat padam untuk masa yang lama, lalu muncul kembali mewarnai satu masa kehidupan kita di masa kini.
Nikmati saja manisnya karena mungkin pahitnya pernah sekali kita jilati!!!!
January 24, 2012
penamat cerita dia permulaan cerita kita
Tersepit antara persahabatan dan cinta. Menjadi orang tengah yang sentiasa gusar kalau buat baik dengan yang ini, yang itu terluka. Mungkin itu situasi yang paling sesuai agaknya. Cuma dalam kes kali ini aku cuma penonton setiap watak dan babak yang ada.
Dulu mereka bercinta. Tapi tidak lama. Mereka berpisah dengan rela. Dan sejak itu mereka berkawan seperti biasa. Mungkin tidak semesra saat mereka bercinta.
Dan hari ini, yang perempuan bercinta dengan lelaki lain pula. Lelaki yang dulu cuma kawan biasa tapi sekarang putera raja yang bertakhta. Dan teman lelakinya yang baru ini juga adalah rakan kepada teman lelakinya yang lama. Bayangkan bekas kekasih anda bercinta dengan rakan anda.
Mungkin agak berat tapi walau sesukar mana, hakikat harus diterima. Kenapa harus menatap bingkai kaca yang pecah berderai, yang mustahil untuk dipadankan semula? Serpihan kaca yang pecah itu kalau dapat dipadan semula pun tetap tidak sama seperti sediakala. Daripada cuba mencantumkannya yang mungkin menyebabkan jari terluka, lebih baik bangun mencari bingkai yang baru pula.
Yang berlalu biar berlalu kerana pasti ada hikmah disebaliknya. Tak salah meratapi cinta yang gagal tapi jangan terlalu lama. Kerana setiap pengakhiran sesebuah cerita adalah permulaan cerita yang baru dibuka.
Dia, dia dan dia kawan aku walau kita tidak serapat mana. Siapa aku untuk menentukan hidup dia, dia dan dia tapi sebagai kawan, aku cuma mahu lihat dia, dia dan dia bahagia tidak kira dengan siapa pun pasangannya.
Aku tidak mahu orang lain merasa juga ketidakbahagiaan yang aku ada.
ps : Sukar menjadi pelakon cerita cinta segi tiga bila kita bukan watak utama ;)

January 23, 2012
kasut baby....OMO!!!!cutenye
hye all!!!!tgok la kasut2 nie sume comel2 kn....adehss geram btol la tgok nie...cenonet je kn huhuhu...
Perkembangan Bayi dalam Kandungan
^_* assalamualaikum...hehehe..nk update blog ag nie...kali nie og nk share pasal PERKEMBANGAN BAYI DALAM KANDUNGAN..tibe2 je terase nk share pasal bby nie huhuhu..semua pmpn suke tntg nie kn btol x????sume pmpn nk jd seorg ibu satu hari nnti termasok la owner blog nie huhuhu...ok chek this out!!!!
Minggu 1
Minggu ini merupakan minggu period menstrual malah pembenihan juga belum lagi berlaku. Due date di kira dari hari last period. (contoh period start 3hb last 6hb so ia dikira bermula 6 atau 7hb)
Proses pembentukan ini kebiasaannya masih belum lagi dapat di kesan. malah waktu ini 46 kromosom telah bercantum dan membawa segala genetik bersamanya. ketika ini yang di perlukan hanya lah nutrisi dari ibu dan oksigen.
Minggu 2
Pembenihan telah telah berlaku pada akhir minggu ke 2.sel telur yang telah di senyawakan membelah 2 selepas 30jam.kemudian bergerak dari saluran falopio menuju ke rahim.
Minggu 3
Anda mungkin belum menyedari yang anda pregnant sehingga lah usianya 3 minggu. waktu ini sel telur telah menempel di dinding rahim
dan saiz nya amat kecil lebih kurang 0, 0-1, 2mm sahaja.
Minggu 4
Kini, kandungan telah berbentuk embrio. Embrio menghasilkan hormon kehamilan (Chorionic Gonadotropin - HCG), dan apabila UPT di lakukan, hasilnya positif.
Kandungan mula membentuk struktur manusia. otak, jantung dan struktur tulang belakangnya mula terbentuk.
Minggu 5
Minggu 6
Saiz embrio lebih kurang 2-4mm. waktu ini boleh mendengar jantung bayi melalui ujian ultra sound. sistem pencernaan dan pernafasan mula terbentuk. tunas-tunas kecil yang akan membentuk tangan dan kaki juga boleh di lihat.
Minggu 7
Akhir minggu ketujuh, panjangnya sekitar 5-13 mm dan beratnya 0,8 gram, kira-kira sebesar biji kacang hijau. Tunas lengan mulai membelah menjadi beberapa bahagian iaitu bahu dan tangan. Jantung juga telah membentuk bahagian kanan dan bahagian kiri, begitu pula dengan saluran udara yang terdapat di dalam paru-paru
Minggu 8
bayi sudah mempunyai lubang hidung, bibir, mulut serta lidah. Matanya juga sudah kelihatan berada dibawah membran kulit yang nipis. tangan serta kaki juga sudah terbentuk walaupun belum sempurna

Sel2 telur yang berada didalam rahim, membentuk seperti lingkaran cahaya yg mengelilingi matahari.Sel ini akan bertemu dengan sel2 sperma dan memulakan proses pembenihan/pembuahan |
waktu ini kepala sel sperma telah hampir masuk. bahagian tengah dan belakang sel sperma yang tidak berhenti-henti berusaha menembusi dinding sel telur |
zygote telah terbentuk |
Minggu 2
Pembenihan telah telah berlaku pada akhir minggu ke 2.sel telur yang telah di senyawakan membelah 2 selepas 30jam.kemudian bergerak dari saluran falopio menuju ke rahim.
Minggu 3
Anda mungkin belum menyedari yang anda pregnant sehingga lah usianya 3 minggu. waktu ini sel telur telah menempel di dinding rahim
dan saiz nya amat kecil lebih kurang 0, 0-1, 2mm sahaja.
Minggu 4
Kini, kandungan telah berbentuk embrio. Embrio menghasilkan hormon kehamilan (Chorionic Gonadotropin - HCG), dan apabila UPT di lakukan, hasilnya positif.
Kandungan mula membentuk struktur manusia. otak, jantung dan struktur tulang belakangnya mula terbentuk.
Minggu 5
Minggu 6
Saiz embrio lebih kurang 2-4mm. waktu ini boleh mendengar jantung bayi melalui ujian ultra sound. sistem pencernaan dan pernafasan mula terbentuk. tunas-tunas kecil yang akan membentuk tangan dan kaki juga boleh di lihat.
Minggu 7
Akhir minggu ketujuh, panjangnya sekitar 5-13 mm dan beratnya 0,8 gram, kira-kira sebesar biji kacang hijau. Tunas lengan mulai membelah menjadi beberapa bahagian iaitu bahu dan tangan. Jantung juga telah membentuk bahagian kanan dan bahagian kiri, begitu pula dengan saluran udara yang terdapat di dalam paru-paru
Minggu 8
saiznya
kira-kira 14-20 mm. Banyak perubahan yang terjadi pada bayi Anda.
Jika Anda dapat lihat ,hidung dan kelopak matanya mula berkembang,
begitu juga telinga. Brochi, saluran yang menghubungkan paru-paru
dengan lehernya, mulai bercabang. Lengan semakin membesar dan ia
memiliki siku. Semua ini terjadi hanya dalam 6 minggu setelah proses
pembenihan.
bayi sudah mempunyai lubang hidung, bibir, mulut serta lidah. Matanya juga sudah kelihatan berada dibawah membran kulit yang nipis. tangan serta kaki juga sudah terbentuk walaupun belum sempurna
and this baby yg telah selamat dilahirkn...huhuuuh...OMO!!!!!!!!!comelnye....
January 22, 2012
Hukum Pengguguran(Abortion)[SIRI 1] Terhadap Janin Anak Luar Nikah
Melihat kepada perbahasan para fuqaha dapat diringkaskan hukum pengguguran janin dalam Islam terbahagi kepada dua keadaan:
Keadaan pertama:pengguguran janin yang berlaku selepas ditiupkan roh padanya(selepas 120 hari atau 4 bulan).Para fuqaha telah bersepakat bahawa pada ketika ini pengguguran adalah haram(rujuk Fatawa Ibnu Taimiyah jilid 34,m/s160;Hasyiah Ad-Dusuqi jilid 2,m/s 267;Nihayatul Muhtaj jilid 8,m/s 416;al-Furu’ jilid 1,m/s 191;al-Muhalla jilid 11,m/s 29)
- Ia dianggap melakukan jenayah terhadap makhluk yang hidup,sempurna dan bernyawa.
- Denda yang dikenakan sekiranya janin itu hidup ketika digugurkan kemudian mati adalah bayaran diat.Bagi janin yang mati ketika gugur dikenakan bayaran ghurrah.
- Haram pengguguran selepas ditiupkan roh dikuatkan dengan hadis yang diriwayat oleh Ibnu Mas’ud secara marfu’,mafhumnya:
Keadaan kedua:pengguguran janin yang berlaku sebelum ditiupkan roh
Pendapat pertama:Boleh melakukan pengguguran janin dalam tempoh 40 hari dari tempoh kehamilan.
- Kemudian mereka berselisih pada menyatakan keharusan menggugurkan tersebut.Setengah daripada mereka membolehkannya secara keseluruhan seperti sebilangan fuqaha Hanafi,al-Laqhmi daripada Maliki,Abu Ishak al-Marwazi daripada Syafei dan sebahagian Hambali(rujuk Hasyiah Ibnu Abidin jilid 2,m/s 380;Hasyiah ar-Rahuni jilid 3,m/s 264;Nihayatul Muhtaj jilid 8,m/s 416;al-Furu’ jilid 6,m/s 191)Bagi mereka dalam tempoh yang disebutkan tadi kandungan masih lagi tidak bernyawa.
- Setengah daripada mereka pula meletakkan beberapa syarat dan garis panduan bagi membolehkan kandungan digugurkan.(rujuk Hasyiah Ibnu Abidin jilid 2,m/s 380;Hasyiah ar-Rahuni jilid 3,m/s 264;Nihayatul Muhtaj jilid 8,m/s 416;al-Furu’ jilid 6,m/s 191).
b. Terputusnya susu dengan sebab hamil lagi(bagi pasangan yang mempunyai anak kecil yang masih menyusu) dan suami tidak berkemampuan untuk mengupah wanita lain untuk menyusukan anaknya.
c. Mesti redha di kedua-dua belah pihak dari hasil perbincangan suami isteri.
d. Mestilah mendapat kepastian dari pakar perubatan yang dipercayai(thiqah) bahawa pengguguran yang akan dilakukan tidak memberi sebarang kemudharatan kepada isteri.
e. Mesti bertujuan untuk menumpukan perhatian penuh kepada tarbiah dan pendidikan anak,kerana sebilangan isteri tidak dapat melakasanakan tanggungjawabnya apabila mengandung.
f. Sesetengah fuqaha memberi kelonggaran kepada kandungan yang terhasil dari zina(tajuk ini akan dibincangkan secara terperinci di bawah).
Pendapat kedua:Makruh yang membawa kepada kepada haram menggugurkan janin,pendapat ini dipelopori oleh sebilangan fuqaha Hanafi,Syafie dan Hambali(rujuk Jamie al-Fusulin jilid 2,m/s 354;Fatawa Khaniyah jilid 3,m/s 410;Hasyiah Ibnu Abidin jilid 3,m/s 495;Nihayatul Muhtaj jilid 8,m/s 416;al-Furu’ jilid 1,m/s 281)
Pendapat ketiga:Haram pengguguran secara keseluruhan
- Mereka berhujah tidak boleh mengeluarkan mani(yang sudah berlaku persenyawaan) yang telah terbentuk di dalam rahim walaupun sebelum tempoh 40 hari,kerana ia akan hidup.Maka hukum baginya adalah seperti yang hidup.
- Imam Ghazali mengungkapkan haram melakukan pengguguran dalam tempoh ini dengan katanya:Ia adalah jenayah ke atas benda wujud yang akan terjadi,peringkat pertama kewujudannya ialah apabila mani diletak di dalam rahim dan berlaku persenyewaan serta bersedia untuk menerima kehidupannya.Menghalang perkara tersebut beerti jenayah,kerana ia menyekat ia dari terbentuk dengan sempurna.(rujuk Ihya’ Ulumuddin jilid 2,m/s 51)
- Kata Ibnu Jauzi:Perkara tersebut adalah haram tetapi kurang dosanya berbanding dengan pengguguran yang dilakukan selepas ditiupkan padanya roh(rujuk Ahkam an-Nisa’ m/s 374)
Hukum Pengguguran Janin Anak Luar Nikah
- Pendapat ulama terdahulu:
- Penguguran adalah diharamkan jika dilakukan selepas ditiupkan roh ke atas janin tersebut.
- Berdasarkan pendapat al-Imam Khurasyi dan lain-lain ulama Malikiyah mengharamkan secara mutlak pengguguran janin walaupun sebelum 40 hari yang pertama di dalam rahim.Inilah pendapat muktamad di dalam mazhab Maliki.
- Para ulama bermazhab Syafei bersepakat mengatakan bahawa pengguguran adalah diharamkan jika dilakukan selepas ditiupkan roh ke atas janin tersebut.
- Manakala jika sebelum ditiupkan roh sebahagian ulama Syafieyah membenarkan pengguguran dilakukan.Ini berdasarkan pendapat Imam Qarafi.Imam al-Ghazali juga membahaskan tentang perkara ini tetapi tidak menjelaskan sama ada ianya haram atau tidak.
- Imam al-Ramli dan Syeikh Sulaiman Jamal mengatakan harus dilakukan pengguguran jika sebelum ditiupkan roh.Manakala Imam Subki meletakkan bahawa harus digugurkan jika janin yang berada di dalam rahim tersebut belum melebihi 80 hari.
Menurut Dr. Misbah Mutawalli Sayyid Hammad(pensyarah Fiqh Perbandingan Universiti Al-Azhar):Tidak terdapat seorang pun di kalangan ulama semasa yang bersetuju bahawa janin anak zina dibenarkan untuk dilakukan pengguguran.Antara ulama yang berpendapat sedemikian adalah seperti Dr.Abdul Fattah Idris dan Dr. Muhammad Said Ramadhan al-Buti.Bahkan mereka menegaskan bahawa sepatutnya para ulama melarang perkara seperti ini berlaku.
Di antara doktor perubatan yang menyokong pendapat ini ialah Dr. Hassan Huthut dan Dr. Muhammad Ali al-Bar.
Antara dalil yang digunakan oleh para ulama yang mengharamkan perkara ini ialah:
i. Firman Allah s.w.t dalam surah an-Najm ayat 38,maksudnya:
“Bahawasanya seseorang yang berdosa tidak akan menanggung dosa orang lain“Ayat ini menerangkan bahawa seseorang itu tidak akan menanggung dosa perbuatan orang lain.Menurut Dr.Muhammad Said Ramadhan al-Buti:”Kita mengetahui dengan jelas bahawa tujuan sebenar pengguguran ini dilakukan oleh penzina adalah semata-mata untuk mengelakkan dirinya dicemuh masyarakat terhadap dosa yang dilakukan olehnya”
Maka ini jelas menunjukkan bahawa perkara ini diharamkan.Seolah-olah janin yang tidak bersalah tersebut turut terlibat sama di dalam dosa yang dilakukan oleh penzina terbabit.
ii. Berdasarkan hadis wanita yang berzina pada zaman baginda nabi s.a.w.Hadis tersebut diriwayatkan di dalam Sahih Muslim pada bab hukuman zina.Kesimpulan yang dapat kita ambil daripada hadis ini ialah jika benar pengguguran janin anak zina dibenarkan oleh syarak,maka tentulah banginda nabi s.a.w. akan mengarahkan wanita tersebut untuk menggugurkan kandungannya.Hadis tersebut juga menjelaskan bahawa wajib menjaga kandungan tersebut sehingga dilahirkan dan disusukan selama 2 tahun.
Kesimpulan:
Kesimpulan yang dapat kita lakukan berdasarkan dua pendapat di atas ialah haram melakukan pengguguran terhadap anak luar nikah.Dalil-dalil yang digunakan oleh para ulama semasa lebih jelas dan kuat berkenaan pengharaman perkara ini.Maka para pengamal perubatan perlu mengambil perhatian tentang perkara ini.
Sumber:
Kertas Kerja Seminar Perubatan Kali Ke-2 mengenai Kelahiran dan Kematian anjuran Persatuan Pelajar-Pelajar Perubatan Malaysia-Mesir pada 11-12 Februari 2009,pembentang hasil kertas kerja di atas ialah Ustaz Nazrul bin Nasir(penuntut Fakulti Usuluddin Universiti Al-Azhar,tahun 3) dan Ustaz Faizuddin bin Hassan(penuntut Master Syariah Universiti Terbuka Amerika Kaherah,tahun 2)
January 21, 2012
Cara-Cara Membuat MUFFIN!!!
Assalamualaikum...ok kali nie og nk share about muffin chocolate!!!yummy...look nice right...honestly og mmg xpandai masak sngt but cket2 2 boleh la huhuhu...but i will try my best...kne rajin tolong mak kat dapo nie heheh...malas nk bebel pnjang2 so chek this out!!!!hope enjoy ^_* pisss!!!!
Bahan-bahan untuk membuat muffin chocolate
- 200g coklat masakan
- 70g mentega
- 2 biji telur
- 50g gula halus
- 60g tepung gandum
- 1 sudu kecil baking powder
Cara-cara adalah....
- Selepas masak tu, mungkin muffin ni lembik sikit( sebab hanya sedikit tepung yg digunakan) tapi bila dah sejuk dia akan keras dengan sendiri. Jadi kalau lepas 20 minit tu, masih lembik tak payah bakar semula.
ok after this boleh la try make some muffin yg kat ats nie kan..okey good luck all!!!
baby..yoo geun!!!
January 20, 2012
Buat Dirimu Yang Bergelar Suamiku Kelak
Dari naluri hati seorang wanita :
Insya Allah…
Insya Allah…
Insya Allah…
Khas buat insan yang akan menemani ku hingga ke akhirnya yang bergelar suami;
Aku akan menjaga setiap langkah perjalananku…
Aku akan menjaga setiap tutur kataku…
Aku akan menjaga setiap diriku dari pandangan orang lain…
Aku akan menjaga setiap tutur kataku…
Aku akan menjaga setiap diriku dari pandangan orang lain…
Insya Allah…
Aku akan berhias tuk dirimu…
Aku akan menjaga makan minummu…
Aku akan menjadi permaisuri hatimu…
Aku akan menjaga makan minummu…
Aku akan menjadi permaisuri hatimu…
Insya Allah…
Aku akan menjadi kekasih yang setia untukmu…
Aku akan menjadi isteri mithali bagimu…
Aku akan menjadi ibu untuk anak-anakmu…
Aku akan menjadi isteri mithali bagimu…
Aku akan menjadi ibu untuk anak-anakmu…
Insya Allah…
Tapi…berjanjilah untuk membawa aku bersamamu menuju Syurga
Kau menjadi imam bagi rumahtanggaku…
Kau menyayangiku apa adanya…
Kau mencintaiku setelah kau mencintai ALLAH dan RASUL…
Insya Allah…
Kau menjadi imam bagi rumahtanggaku…
Kau menyayangiku apa adanya…
Kau mencintaiku setelah kau mencintai ALLAH dan RASUL…
Insya Allah…
Dari kata hati seorang wanita :
Tak minta yang SOLEH ,sebab saya pun tak lah SOLEHAH sangat…
Tak minta yang bergelar USTAZ, sebab saya lagi jauh untuk bergelar USTAZAH…
Tak minta yang bergelar USTAZ, sebab saya lagi jauh untuk bergelar USTAZAH…
Nak minta yang KAYA, saya pun TAK KAYA, hanya sekadar apa yang ada…
Nak minta yang HENSEM, saya tak la CANTIK sangat, sekadar hamba sesempurna kejadian yang ALLAH ciptakan…
Nak minta yang BERPANGKAT, saya hanya seorang HAMBA…
Nak minta yang HENSEM, saya tak la CANTIK sangat, sekadar hamba sesempurna kejadian yang ALLAH ciptakan…
Nak minta yang BERPANGKAT, saya hanya seorang HAMBA…
Cukuplah sekadar yang MEMAHAMI dan MENERIMA ku seadanya …
Cukuplah yang ada AGAMA di hati dan mengamalkannya serta sama-sama mencari jalan ke Syurga apabila bahtera di layar dan masjid di bina…
Cukuplah yang sama2 saling MEMBANTU dalam susah dan senang mengharungi lautan dunia…

Sesungguhnya tugas pertama ku bukan mencari diri mu tapi mensolehahkan diri ku. Sukar untuk mencari soleh diri mu andai solehah ku tidak setanding dengan kesolehan mu. Janji Allah pasti ku pegang dalam misi mencari diri mu.
Subscribe to:
Posts (Atom)