Secara sainsologi ringkasnya istilah menangis biasanya merujuk pada tindakan mengeluarkan air mata sebagai respon terhadap suasana emosi tindakbalas pada diri manusia seperti sedih dan gembira.Namun begitu takrif menangis ini subjektif,penuh dengan 1001 rahsia yang tidak dapat di’ungkapkan.
Menangis lebih sinonim dengan wanita.walaupun menangis ini di,monopoli oleh kaum wanita,mereka sebenarnya tidak begitu pasti kenapa mereka mengalirkan airmata.Ada pula yang bertanya,Mengapa wanita mudah menitiskan airmata.Pada gua,lebih molek bahasa’kan diri ini “saya”terasa sopan di’situ.Bagi saya ini adalah kelebihan semulajadi yang di’miliki oleh kaum wanita.
Jika kita merujuk pada fitrah yang dimiliki,wanita mempunyai 9 emosi 1 akal,bermakna diri wanita ini dikuasai 90% daripada refleksologi emosi.Jesteru itu tidak mustahil,kena gigit semut sikit dah nak nangis..hehehe.
Apa yang saya nak fokuskan disini adalah menangis kerana kasih sayang dalam perhubungan cinta.Menangis kerana bahagia disamping orang yang tersayang.Dalam hubungan pencintaan ramai wanita yang menangis disebabkan konflik negatif yang berlaku diantara pasangan,Tidak ramai yang menangis kerana gembira.
Secara jujurnya bagi saya,wanita ini tidak akan gembira selagi hubungan pencintaan yang dibina walaupun berkurun lama tidak di’realisasikan ataupun di’sempurnakan dengan ikatan pernikahan yang sah.Kegembiraan yang di’kecapi semasa bercinta hanya sementara,selepas itu pasti hadir kesedihan apabila menghadapi sesuatu perkara yang tidak di’ingini.
Jadi tidak payah lah membazirkan airmata diatas perpisahan yang berlaku itu,bukan apa diri ini terasa meluat jika saya melihatkan perempuan menjadi bagai nak gila akibat putus cinta, kehilangan pasangan cintanya.Belajarlah menerima hakikat bahawa setiap pertemuan itu pastinya ada perpisahan tambahan lagi di’alam pencintaan yang kita tidak tahu penghujungnya.
Jadi carilah pasangan hidup yang mampu membuatkan anda(Wanita)mengalirkan airmata kegembiraan di hari..
No comments:
Post a Comment