photo c258945f-03cd-4052-a8fd-ba8da1b302ae_zpse8704f24.jpg

January 20, 2012

Tips bila rindu


Kadang kadang kan, kita merindui seseorang bila tiada di sisi kita. Eh, most of the time macam tu kan? Hehe. Mungkin si dia busy, atau korang merindukan seseorang yang korang cintai dalam diam mungkin? Pertama, bila terjadinya saat saat macam ni, jangan salah anggap pada pasangan kita. Dia mungkin sedang busy atau melakukan sesuatu yang penting. Kita tak perlu ganggu si dia hanya kerana kita sedang merindukan dia kan? Apa yang saya nak cakap ni adalah tentang sesetengah keadaan yang ada pasangan alami. Contohnya, percintaan jarak jauh atau tersekat dengan kesibukan dalam mengejar cita cita dan impian demi masa depan korang bersama. Jadi apa yang korang alami ini adalah satu pengorbanan untuk kebahagiaan masa depan kan?
“tak salah berkorban sekejap demi kebahagiaan selama lamanya “
Bila terjadinya keadaan macam ni, apa yang perlu dilakukan? Og just nak share pendapat Og, terima kasih sebab sudi membaca.
Jangan fikir negatif pada pasangan
Pertama sekali, buang tanggapan negatif korang terhadap pasangan korang yang busy. Buang jauh jauh anggapan yang negatif tu. Cuma fikirkan yang dia sedang sibuk kerana dia fokus dalam mengejar cita citanya demi masa depan korang bersama. Jangan cari gaduh hanya dia kerana selalu sibuk. Percayalah…jangan cari gaduh..
Tengok gambar gambar
Bila si dia tiada di sisi, korang tataplah balik gambar gambar lama korang ke kan. Hehe. Cuba imbau balik kenangan masa korang mula mula jumpa dulu. Mungkin cara ni akan mengeluarkan tangisan. Tapi Og rasa ianya akan melegakan rasa rindu tu. Try it out! Oh, dont call him kalau dia dah bagitau yang dia betul betul busy.
Alih perhatian pada benda lain
Tengok la movie atau klip klip lawak untuk mengalihkan rasa rindu itu. Korang akan rasa lega bila ketawa nanti. Layan lagu lagu ke kan. Hehe. Kerana bila kita rindu lazimnya kita merasa keseorangan atau sunyi. Jadi buatlah perkara2 yang boleh jadikan kita happy.
Berborak dengan kawan rapat
Korang ada bff? Atau kawan rapat? Try la bergosip atau berborak hal hal yang menyenangkan dengan diorang. Hang out dengan bff (bagi perempuan) adalah perkara yang paling best walaupun korang dalam keadaan sedih. Bagi lelaki, korang boleh hang out dengan kawan2 dan buat la hal lelaki. Apa? Og tak tau, ikut korang la.Hahaha.
Cuba luahkan pada si dia
Og letak ini sebagai option terakhir. Tadi Og kata tak boleh call kan? Tapi Og tak kata tak boleh mesej :p Hantar la mesej ringkas yang mengatakan korang rindu kat dia. Jangan hantar mesej berbunga bunga atau berbentuk rungutan, nanti dia rimas. Just tell him that u miss him. icon smile Tips bila rindu

No comments:

Post a Comment